KUALA LUMPUR: Pemerkasaan penglibatan wanita dalam bidang politik antara yang akan diberi keutamaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Timbalan Menterinya yang baharu dilantik Aiman Athirah Sabu berpandangan, terdapat kemajuan dalam pelantikan beberapa wanita sebagai menteri dan timbalan menteri dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, namun lebih ruang harus diberikan kepada golongan wanita.
"Sasaran sebanyak 30 peratus penglibatan wanita dalam politik merupakan sebuah idea yang dicetus sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun sampai sekarang di peringkat menteri dan timbalan menteri (penglibatan wanita) masih tidak cukup.
"Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kami di KPWKM adalah untuk memikirkan cara meningkatkan lagi penglibatan wanita dalam politik, sama ada penambahan program pemerkasaan atau perubahan dasar dan sistem yang diperlukan untuk menyokong idea tersebut," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan hasrat memfokuskan penyelesaian isu masyarakat melalui KPWKM, antaranya isu kemiskinan yang boleh menyebabkan sistem kekeluargaan tidak dapat berkembang dengan baik.
Terdahulu, Aiman Athirah beserta 26 timbalan menteri yang lain mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.
Beliau merupakan antara muka baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Aiman Athirah Sabu berpandangan, terdapat kemajuan dalam pelantikan beberapa wanita sebagai menteri dan timbalan menteri dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, namun lebih ruang harus diberikan kepada golongan wanita. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: PM ingatkan, beri projek pada yang layak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
reels test 4
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
[TERKINI] Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8%
Bank Negara Malaysia laporkan inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8 peratus berikutan peningkatan sedikit pada inflasi teras iaitu apda kadar 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Usaha bawa pulang jemaah terkandas di Makkah: TH belum terima laporan rasmi
Mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Hashtag #SwiftiesForPalestine menjadi sohor kini di platform sosial X minggu ini susulan serangan Israel di Rafah.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Kim Jong Un ketuai latihan pelancar roket
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa latihan menembak 600mm pelbagai pelancar roket bersaiz besar yang dikendalikan tentera negara itu.
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Malaysia China komited kukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik
Malaysia dan Chian komited perkukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.